Pages

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah semua pelajar SMKA Sabah kembali ke asrama pada 03/01/2012 dan sesi persekolahan akan bermula pada 04/01/2012. bagi pelajar tingkatan satu yang baru mendapat tawaran panggilan kedua (rayuan) pendaftaran adalah pada 04/01/2012. harap maklum-

Khamis, 29 Disember 2011

salam tahun baru 2012M

asalamualaikum...

sedar tidak sedar kita kini menghampiri 2012M, dan 2011M kian meninggalkan kita dengan banyak peristiwa dan kenangan. namun dalam diam 1433H sudah sebulan berlalu.. begitulah kehidupan kita yang sememangnya datang dan pergi..

ada yang datang ada yang pergi... yang datang pastinya dengan semangat baru, azam yang jitu untuk memulakan langkah berjuang dan menyumbang dalam apa jua bidang yang diceburi. yang pergi tidak kurang dengan saratnya ilmu dan pengalaman yang ditimba bersama bahang yang berkobar untuk meneruskan perjuangan di tempat yang baru...

"kita menGEJAR masa, sedang masa mengAJAR kita...
LETIH hidup kita menGEJAR masa, sedang masa meLATIH kita erti pengAJARan hidup..."